Sunway
Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling
Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway
Lagoon terletak diBandar Sunway, berjiran dengan pusat
beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah
Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia
terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi
kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.
Sunway
Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway
Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air,
taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih
mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park.
Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan
sebagai petanda kebenaran masuk.
Taman
ria
Kawasan taman ria tertumpu di bahagian barat laut Sunway Lagoon, dan terbahagi kepada Wild Wild West dan World of Adventure.
Wild Wild West bermotif zaman kegemilangan Amerika Syarikat selatan abad ke-19, menampilkan tunggangan kering seperti "Buffalo Bill Coaster", "Chief Crazy Horse Carousel" dan "Butch Cassidy's Trail", ditambah lagi dengan tunggangan berair iaitu "Niagara Falls Flume Ride", "Colorado Splash", dan "Grand Canyon River Rapids".
World of Adventure pula hanya terdiri daripada tunggangan kering, seperti roda ferris "Wagon Wheel", roller-coaster "Lost City of Gold", karusel "Apache Pots" dan dua buah buaian gergasi 360 darjah "Tomahawk" dan "Pirate's Revenge", tidak lupa juga kawasan pameran "The Cave" yang terletaknya kawasan simpanan harimau iaitu "Tiger Adventure". Di situ juga adanya satu hujung jambatan gantung berukuran 428 meter (1,404 ka) yang menyeberangi seluruh tasik dari World of Adventure, melalui gunung berapi Surf Beach hingga kawasan Extreme Park di bahagian tenggara Sunway Lagoon.
Scream Park
Juga
dibuka pada tahun 2008, Scream Park merupakan kawasan bertema seram
yang menapilkan pawagam "Pontianak Theater of Fear" yang
khusus untuk wayang seram dalam bentuk 3D, serta pagar
sesat "Terminator
X: A Laser Battle for Salvation" yang diilhamkan oleh siri
filem Terminator.
Taman air
Taman
air Sunway Lagoon (Water Park) terdiri daripada dua bahagian
utama, iaitu Waters of Africa di kawasan utara dan Surf Beach di
kawasan tengah. Waters of Africa bercirikan tiga jenis gelongsor air
dalam kawasan bermotif Afrika, iaitu "Congo Challenge"
(gelongsor lumba berlorong enam), "Cameroon Climb" (dua
gelongsor ulang-alik), African Pythons (tiga batang tiub berliku),
ketiga-tiganya dinaiki dari cenuram buatan di bahagian barat laut
taman.
Selain
itu, kawasan "Rain Fortress" dan "Kalahari Kids"
yang dibuka pada tahun 2005, merupakan tempat bermain air khas untuk
kanak-kanak yang terletak di timur kawasan tiga gelongsor air
tersebut, tidak lupa juga kolam renang "Lake Kariba" yang
terletak di bahagian timur laut taman, berhampiran tangga keluar
masuk dari celah Sunway Hotel.
Di
tengah-tengah taman air terletaknya "Surf Beach" (dahulunya
"Jeffrey's Bay"), sebuah kawasan pantai buatan atas tasik
yang dikhususkan untuk kegiatan luncur air dalam
sempadan tertentu. Ombak buatan dihasilkan dari sebuah penjana
gergasi dari latar gunung berapi buatan. Surf Beach dihebohkan
sebagai "Pantai Luncur Air Tertutup Terbesar di Dunia" yang
juga mempunyai "Penjana Ombak Terbesar di Dunia". Kegiatan
luncur air terhad kepada kawasan berjubin biru muda yang ditutupi
oleh dua batang jambatan konkrit yang menyambung kawasan daratan
dengan gunung berapi; kawasan tasik yang selebihnya adalah kawasan
larangan berenang. Selain meluncur air, tempat ini juga sesuai untuk
berenang atau bermain air (di tepi pantai sahaja), ataupun mengadakan
acara hiburan.
pergi bersama keluarga & rakan
Extreme Park
Diperkenalkan pada tahun 2008, Extreme Park terletak di bahagian tenggara Sunway Lagoon, dilengkapi dengan kemudahan ATV, litar lumba go-kart, lapangan Paintball, "Wall Climb", "Flying Fox" dan "Power Jump Bungee Trampoline". Tunggangan bersantai juga disediakan dalam bentuk kayak, perahu atau "Swan Ride" di tasik.
Taman haiwan
Di sepanjang tepi barat Sunway Lagoon ada sebuah taman haiwan mini (Wildlife Park) yang menempatkan pelbagai spesies burung dan mergastua untuk tatapan pengunjung. Taman haiwan ini boleh dimasuki dari kawasan barat laut dan berhujung di sebuah ampliteater di barat daya yang digunakan untuk pertunjukan haiwan atau acara hiburan pop.
gambar x terang lor..guna phone cekai jor
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
terima kasih...isyaallah kalau saya ingin melancong ke Indonesia..saya pasti akan hubungi awak..
ReplyDelete