Istano
Basa yang
lebih terkenal dengan nama Istana
Pagaruyung,
adalah sebuah istana yang
terletak di Tanjung
Emas,
kota Batusangkar, kabupaten
Tanah Datar, Sumatra
Barat.
Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera
Barat.
Istano
Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika asal.
Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis semasa rusuhan pada tahun 1804.
Istana tersebut kemudiannya didirikan semula namun terbakar lagi pada
tahun 1966.
Proses
pembangunan semula Istano Basa dilakukan dengan meletakan tunggak
tuo (tiang
utama) pada 27 Desember 1976 oleh Gabenor
Sumatra Barat waktu
itu, Harun
Zain.
Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di
lokasi baru di sebelah selatannya.
Pada akhir 1970-an, istana ini boleh dikunjungi oleh umum.
Pada 27
Februari 2007,
Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat petir yang
menyambar di puncak istana.Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar dan sebahagian dokumen, serta kain-kain hiasan juga turut terbakar bersama...Dianggarkan hanya sekitar 15% shj barang-barang berharga yang
terselamat. Barang-barang yang terselamat tersebut kini disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Manakala Harta pusaka
Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano
Silinduang Bulan,
2 kilometer dari Istano Basa.
No comments:
Post a Comment