kawasan
seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km
dari Bandar Kuala Terengganu.Kawasan Hutan Lipur Lata
Tembakah merupakan sebuah hutan hujan tropika yang dikelilingi
oleh hutan simpan kekal pelagat.Kawasan ini mula dimajukan sekitar
tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan
luar negeri.Tarikan pelancong untuk datang kesini kerana keadaan
hutan simpan yang terpelihara, bersih, cantik dan sesuai untuk
aktiviti berkelah, berkhemah, jungle tracking dan sebagainya...Air
terjunya juga sangat cantik dengan ketinggian 50m & sungainya
yang bersih, kolam-kolam semujadi yang sangat sesuai unyuk tujuan
perkelahan bersama keluarga.Jambatan Gantung yang disediakan selain
air terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukan
mata yang memandangnya..Kemudahan turut sediakan seperti tandas,
surau, Chalet, kedai2 makan dan kemudahan lengkap untuk program
anjuran sekolah..
Hutan
Lipur ini sangat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti
perkhemahan.Stiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini
tidak pernah sunyi kerana sentiasa di hidupkan dengan kem kesedaran
bina insan, jati diri, pengakap, kadet polis dan sebaginya...
Hutan
lipur yang masih suci daripada pembangunan ini menyajikan keindahan
flora dan fauna menakjubkan. Desiran air terjun disulami kicauan
pelbagai unggas memberikan pemandangan sungguh mendamaikan dan mampu
mengajak pencinta alam pemikir yang mahu mentafsir kejadian ciptaan
Yang Maha Esa.
Kehijauan
landskap semula jadinya sudah lama menambat hati pengunjung yang
sering menjadikan hutan lipur ini sebagai lokasi riadah bersama rakan
atau keluarga pada hujung minggu.Kedinginan airnya membuatkan
pengunjung tidak puas mandi, apatah lagi apabila dikelilingi panorama
air terjun tujuh tingkat.
air terjun yang cantekk
kadar sewa chalet
antara chalet di Lata Tembakah
tempat santai
jambatan gantung
kemudahan laluan pejalan kaki ke air terjun
LT sebagai tempat pelajar untuk berkelah @ berkhemah
menyeronokan.....
kawasan tingkat paling bawah...sesuai bagi kanak-kanak...
No comments:
Post a Comment