Monday, May 21, 2012

Macamana nak Simpan Duit


  1. Rancang Perbelanjaan Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan adik-adik. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah bagi adik-adik. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian adik-adik.
    Setiap kali apabila adik-adik menerima wang saku , rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya adik-adik dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang.
  2. Belanja Dengan Bijak Satu lagi petua merancang kewangan adalah dengan mengetahui cara-cara bagaimana adik-adik boleh membelanjakan wang dengan bijak. Cara berbelanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana adik-adik gagal mengawal perbelanjaan. Bagi adik-adik yang dapat mengawal perbelanjaan pula, elakkan daripada meminjamkan wang adik-adik kepada kawan-kawan.
    Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.
  3. Pastikan Adik-adik Mempunyai Wang Di Tangan Setiap Masa Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana adik-adik memang perlu menggunakan wang pada bila-bila masa.
  4. Menyimpan Wang, Biarlah Di Tempat Selamat.Baki wang yang ada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru/ibu-bapa bagaimana hendak membuka akaun simpanan dengan bank.
  5. Melabur Wang Untuk Mendapatkan PulanganJadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan kepada adik-adik. Jumlah wang di simpan oleh bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.

No comments:

Post a Comment