Friday, May 11, 2012

Kolam air panas La Hot Spring



Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.

Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.

Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "sulfur" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos).

Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan.

La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.




tempat rehat

kolam (air panas asli di salurkan ke kolam ini)

jambatan ke kolam air panas

 Air Panas utama



kawasan air yang cetek sesuai untuk keluarga

setiap kali balik kampung saya tak kan lepaskan peluang untuk singgah mandi di La Hot Spring...di samping boleh merehatkan minda, tempat ni sangat sesuai untuk lepak2, berkelah & BBQ, Jungle Traking , aktiviti perkemahan, mandi-manda ala2 Sauna dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan kat sini di samping terdapat pelbagai kemudahan disediakan....jomm.. kunjungilah La Hot Spring sekarang untuk dapatkan pengalaman keseronokan disini...

 air terjun yang panas



 kawasan cetek untuk kanak-kanak


 airnya yg sangat jernih

  jambatan-bwhnya air yg sgt jernih hinggakan pasir di dlmnya jelas kelihatan

 
air panas ini sesuai digunakan golongan muda @ tua



camne korang semua best tak tempat nie!!!

No comments:

Post a Comment