Ini
adalah serba sedikit info tentang sejarah perjanjian Kanagawa &
Bowring
Abad
ke 19 menandakan permulaan kepada persaingan kuasa-kuasa imperialis
Barat untuk meneroka dan menguasai bahan-bahan mentah di Asia. Jepun
dan Thailand merupakan dua buah negara yang menjadi sasaran Barat
untuk memperluaskan penguasaan mereka dalam bidang ekonomi.
Termenterainya perjanjian Kanagawa dan Bowring bermakna berakhirlah
dasar isolasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah Negara tersebut.
Perjanjian-perjanjian ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas
kedua-dua buah negara tersebut dalam hubungannya dengan negara-negara
Barat
Perjanjian
Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat
pada 31 Mac 1854. Dengan perjanjian ini bermakna Jepun dengan secara
rasminya telah menamatkan dasar pemencilan yang diamalkan sebelum
ini.
Perjanjian
ini juga telah membawa kepada pembukaan beberapa pelabuhan iaitu
Shimoda, Hakodate dan Nagasaki kepada Negara-negara barat. Kadar
cukai import dan eksport ditentukan oleh Jepun, malah Amerika
Syarikat diberi layanan istimewa dengan mendapat hak wilayah asingan.
Perjanjian
Kanagawa juga dianggap sebagai perintis ke arah hubungan Jepun dengan
kuasa-kuasa Barat yang lain dan ini terbukti daripada beberapa siri
perjanjian yang telah ditanda tangani Jepun dengan kuasa-kuasa Barat
yang lain seperti Perjanjian dengan British (1854), Perjanjian dengan
Rusia (1855) dan Perjanjian dengan Belanda (1856)
Dengan
adanya perjanjian-perjanjian yang sebegini bermakna Jepun mula
menjalin hubungan diplomatic dengan Negara British, Amerika Syarikat,
Belanda, Rusia dan Perancis. Tindakan sebegini terpaksa diambil demi
menyelamatkan Negara Jepun dari kuasa asing seperti yang dialami
Negara China dalam Perang Candu I. Malah dasar terbuka ini telah
membawa menafaat yang besar kepada Jepun dalam pelbagai aspek seperti
pentadbiran, ketenteraan, ekonomi dan social terutamanya semasa era
pemerintahan Maharaja Meiji. Ini bermakna Negara Jepun merupakan
sebuah Negara di Asia Timur yang terselamat daripada ancaman dan
pencerobohan kuasa-kuasa Barat.
Walaubagaimanapun,
pembukaan Jepun kepada kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan beberapa
masalah dalam Negara. Kedatangan orang-orang Barat yang semakin
bertambah dan ini menimbulkan perasaan benci orang Jepun kepada
orang-orang Barat yang akhirnya membawa kepada gerakan anti Barat
Perjanjian
Kanagawa juga merupakan detik awal kepada kejatuhan Shogun Tokugawa.
Kelemahan pentadbiran Shogun Tokugawa telah memberi kesempatan kepada
Satsuma, Toza, Chosu dan Hizen untuk bangun menentang pentadbiran
Syogun. Kuasa-kuasa Barat turut menyalahkan Syogun Tokugawa berikutan
gerakan anti Barat. Desakan-desakan dan tekanan-tekanan yang dihadapi
ini menyebabkan akhirnya Shogun Tokugawa meletakkan jawatan dan
menyerahkan kepada Maharaja Meiji.
Di
Thailand pula, Perjanjian Bowring yang ditandatangani antara Thailand
dengan British telah menamatkan dasar pintu tertutup yang diamalkan
selama ini. Malah Thailand telah membuat perjanjian perdagangan
dengan Negara-negara lain seperti Belgium, Perancis, Rusia, Portugal
dan Belanda.
Disamping
itu sector ekonomi Thailand berkembang dengan pesatnya. Thailand
telah menjadi pengeksport utama beras dan kayu jati. Pada masa yang
sama Thailand turut mengimport alat-alat ganti jentera, peralatan
pengangkutan besi keluli dan sebagainya. Kegiatan ekonomi moden yang
pesat ini telah membawa kepada kemerosotan kegiatan ekonomi sara
diri. Penguasan ekonomi Thailand oleh orang Cina mula merosot.
Kegaitan monopoli perdagangan kini diambil alih oleh
pedagang-pedagang British.
Perjanjian
Bowring juga telah membawa kepada pengenalan system kewangan
moden. System perbankan diperkenalkan bagi memudahkan kegiatan
perdagangan. Mata wang Bath mula digunakan semasa pemerintahan Raja
Mongkut. Perubahan susunan kewangan kerajaan Thailand telah mengubah
system cukai dan menamatkan monopoli perdaganganoleh golongan
bangsawan dan kerajaan Thailand.
Kesan
Perjanjian Bowring ini telah membawa kepada lebih daripada dua puluh
perjanjian antara Thailand dengan kuasa-kuasa Barat yang telah
membawa kesan lain iaitu kuasa Barat boleh mendirikan konsul mereka,
menyebarkan agama Kristian dan kapal-kapal boleh berlabuh di
pelabuhan Thailand.
Pemerintah
Thailand yang dikatakan berpandangan jauh ini telah menjalankan
proses pembaratan, membuka peluang perdagangan dengan kuasa asing,
menamatkan pemencilan menyebabkan Thailand satu-satunya negeri di
Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya.
Perjanjian
Kanagawa dan Perjanjian Bowring telah membawa lembaran baru kepada
kedua-dua negara tersebut. Menerusi perjanjian-perjanjian ini Jepun
dan Thailand telah menjadi sebuah negara yang moden dan mula menjalin
hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat atas prinsip persamaan
taraf.
No comments:
Post a Comment