Thursday, May 10, 2012

Lubang Jepang

siapa sangka...di sebalik tanah yang rata nie terdapang satu lubang besar yg di buat oleh penceroboh sebagai tempat menyimpan bekalan & senjata bagi tujuan menyerang kota Bukit Tinggi


Antara Keluarga yg tinggal sekitar Lubang Jepang 

BUKIT TINGGI terkenal dengan keindahan alam, budaya dan sejarahnya.Lubang Jepang merupakan salah satu tempat sejarah yang banyak mendatangkan impak kepada sejarah Bukit Tinggi..

Lubang Jepang dibangun sebagai tempat penyimpanan bekalan dan peralatan perang tentara Jepang(Jepun), dengan panjang terowong yang mencapai 1400 m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2 meter. Sejumlah ruangan khusus terdapat di terowongan ini, di antaranya adalah ruang pengintaian, penjara, gudang senjata dan sebagainya.
Selain lokasinya yang strategik di kota yang dahulunya merupakan pusat pemerintahan Sumatera Tengah, tanah yang menjadi dinding terowong ini merupakan jenis tanah yang jika bercampur air akan semakin kukuh. Bahkan gempa yang menggoncang Sumatera Barat tahun 2009 lalu pun tidak banyak merosak struktur terowong ini.


Lubang Jepang dari sudut atas


Lubang Jepang mula dijadi objek wisata sejarah (tempat bersejarah) pada tahun 1984 oleh pemerintah kota Bukittinggi . Beberapa pintu masuk ke Lubang Jepang ini diantaranya terletak pada kawasan Ngarai Sianok, Taman Panorama, di samping Istana Bung Hatta dan di Kebun Binatang Bukit Tinggi....

Lubang Jepang didirikan dari tahun 1942-1945 oleh penduduk-penduduk sekitar yang dipaksa bekerja oleh tentera Jepun. Di dalam lorong bawah tanah sepanjang 1,47 km ini, terdapat 21 lorong kecil yang sebelumnya menjadi lorong-lorong untuk keperluan benteng pertahanan, seperti lorong penyimpanan amunisi, bilik tentera militer Jepun, ruang rapat, ruang makan romusa, dapur, penjara, tempat kehakiman, tempat penyiksaan, tempat pengintaian, tempat penyergapan, dan pintu pelarian. 

Ketika ditemukan, diameter pintu masuk lorong ini berukuran 20 cm. Hanya sebesar lingkar tubuh tentera Jepun yang memang agak kecil. Setelah ditemukan dan diukur, diameter lorong sekarang berukuran 3-4 meter dan sudah dilengkapi dengan lampu neon di berbagai sudut dan sisi. Namun, dindingnya tidak mengalami perubahan. Dinding batunya bersekat-sekat yang dulu bertujuan untuk meredam suara  agar tidak terdengar keluar. Guratan-guratan pukulan paksa dengan benda agak tajam pun masih terekam di sejumlah dindingnya.Para tawanan Indonesia juga dipaksa menembus bebatuan Ngarai Sianok hanya dengan cangkul dan benda tajam lainnya.Mereka juga hanya diberi makan bubur sekali sehari bagi membekalkan tenaga untuk menggali terowong, oleh sebab itu ramai tawanan mati di situ..


Ketika masuk ke 'objek wisata' dengan luas hampir 2 hektar ini, pengunjung akan menuruni tangga sejauh 64 meter sehingga sampai kedalaman 40 meter. Ketika sampai, pengunjung terlebih dahulu akan menemui lorong yang dulunya digunakan sebagai ruang penyimpanan 'amunisi' di sisi kanan. Selepas itu, pengunjung akan keluar balik dari lorong itu kembali ke lorong utama, dan di sisi kanan, pengunjung akan bertemu pula lorong (bilik militer ) yang akan dijadikan panggung wayang untuk menayangkan filem-filem sejarah yang berkaitan dengan penjajahan Jepun di Indonesia dan di Tanah Minang secara khususnya.
Setelah itu, pengunjung akan menemui dua lorong lain dengan fungsi yang sama. Salah satu lorong dalam perancangan akan dialih fungsikan menjadi tempat penyimpanan 'maket' Lubang Jepang. Semakin masuk ke dalam, lorong bertambah dingin dan lembap. Udara di dalam juga berbeza. Namun, perjalanan melintasi lorong ini belum selesai kerana lorongnya yang panjang.
Tiba di ujung lorong pertama, kami menemukan 3 lorong dan kami meneruskan perjalanan ke lorong di sebelah kiri, tapi lorong ini juga bercabang. Ada ruang kehakiman yang dulu digunakan  untuk menghukum pejuang tanah air ataupun masyarakat setempat yang membangkang kehendak Jepun. Terdapat juga satu cabang lorong yang akan dijadikan Museum Saintifik. 
Menurut pembawa kami, awalnya pemda(pemerintah daerah) rancang membuat cafe di lorong ini, tetapi setelah Presiden SBY berkunjung langsung ke tempat ini, beliau meminta pemda menggantinya dengan sesuatu yang lebih bersifat ilmiah. Melangkah sejauh 5 meter ke depan, di sisi kanan terdapat lorong di sisi kanan yang dulu digunakan sebagai barak militer. Lima meter ke depan lagi di atas lorong utama tertulis "Pintu Pelarian" dengan cahaya dari lubang berpagar yang ada di belakangnya sejauh 10 meter.  
Sebelum tiba di lubang tersebut, terdapat lorong di sebelah kanan yang menghubungkannya dengan lorong lain. Lorong tersebut berujung di lorong penjara yang dulu digunakan untuk menawan musuh-musuh Jepun. 



Pintu pengintaian

Lubang utk membuang mayat ke sungai


lubang kecil (simpan/buang mayat)

Di sisi kanannya terdapat satu ruang yang di dalamnya terdapat dapur, lubang pengintaian di bagian atas, dan sebuah lubang kecil tepat di bawahnya yang dulu digunakan sebagai tempat penyimpanan mayat-mayat tahanan yang mati tersiksa di dalam penjara. Di hujung lubang itu ada muara Sungai Sianok.
Tempat ini menyeramkan kerana terletak paling hujung dari lokasi Lubang Jepun. Jika melangkah lagi, pengunjung akan melepasi lorong utama yang dulu digunakan sebagai lorong penyeludupan. Di sepanjang lorong ini terdapat empat lorong arah keluar yg akan dijadikan sebagai pintu keluar.. Ketika tiba di hujung, pengunjung harus berbelok ke kanan, melalui lorong bekas barak militer.Perjalanan berakhir selepas melintasi lorong bekas ruang amunisi dan lorong menanjak menuju pintu masuk. 
Sepanjang lorong ada sejumlah CCTV yang akan diaktifkan. Selain itu, ada sekitar enam lubang yang disebut sbg lubang angin. Satu akan difungsikan sebagai pintu masuk, dan lima lagi akan difungsikan sebagai pintu keluar. Angarannya pada tahun 2009 ini semua rancangan dapat direalisasikan. 
Pengalaman menyusuri Lubang Jepun ini meninggalkan kesan tersendiri. Perasaan kagum, dan bangga bercampur aduk ketika menapaki setiap lorong dalam objek wisata ini. Jika berkunjung ke Taman Panorama Ngarai Sianok, singgahlah masuk ke Lubang Jepang. Hanya sebanyak rm5 untuk 'pramuwisata' atau pemandu yang akan memimpin perjalanan dan memberi penjelasan mengenai keseluruhan lorong bagi pengunjung...



Photo yg sempat diambil


di atas Lubang Jepang


Pagar utama


Pintu Masuk Utama


insuran nyawa turut disediakan


Menjadi tempat persinggahan monyet2


Pokok Kelapa yg unik


Ruang masuk terowong




Penerangan tentang Lubang Jepang oleh peembawa di terowong


nampak x, cam der smting kat dalam


Diperkirakan puluhan sampai ratusan ribu tenaga kerja paksa atau romusha dikerahkan dari pulau JawaSulawesi dan Kalimantan untuk menggali terowong ini. Pemilihan tenaga kerja dari luar daerah ini merupakan strategi kolonial Jepang untuk menjaga rahsia mega projek ini. Tenaga kerja dari Bukittinggi sendiri dikerahkan di antaranya untuk menggali terowong pertahanan di Bandung dan Pulau Biak.


Tanah merah yg asal sebelum disimen 

Lubang intipan digunakan untuk mengintip penduduk dan mereka di culik untuk dijadikan sebagai penggali terowong..salah seorang dari mangsa tersebut dikenali sebagai saksi mata(lelaki) diugut & diseksa oleh tentera jepun supaya memberitahu dimana pusat ketenteraan Bukit Tinggi...Oleh sebab diseksa dengan teruk beliau pengsan..Tentera jepun ingatkan mangsa tersebut sudah meninggal lalu diikatnya mangsa tersebut dan membuang kedalam lubang yg menuju ke sungai lalu terus di bawa arus sungai...Tanpa disangka oleh tentera jepun, mangsa tersebut tersedar dari pengsan kerana terkena air sungai..Mangsa itu terus melarikan diri dan pergi ke balai polis bagi melaporkan keadaan mangsa lain dan rancangan tentera jepun di Lubang Jepun tersebut..

Lubang Jepun tersebut ternyata belum sempat digunakan secara aktif oleh Jepun kerana mereka sudah menyerah kalah terlebih dahulu kepeda Sekutu setelah Nagasaki dan Hiroshima di bom atom oleh sekutunya......

Lubang Jepun pula di temui oleh tentera Indonesia disebabkan oleh nasib seorang saksi yang diseksa di terowong ini bebas dari penjara...


No comments:

Post a Comment