Wednesday, May 23, 2012

Insaflah...Ingat Orang Yang tersayang.


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Nora(Nora Elina) lembut sambil membetulkan pakaian Seth. Seth tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Seth mencubit pipi Nora lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Lisa dan Afiq meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Nora hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Seth berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada KL ke Besut mengambil masa lebih kurang 8 jam. Lisa dan Afiq dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Nora. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Seth berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Seth menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan  Seth  semakin seronok. Seth dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Seth  cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul  Seth  masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Nora terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Nora takut." Nora cuba memujuk Seth  supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Nora ?tak ada apa-apa," Seth terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?kan?" kata Seth setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Seth terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Seth terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

" Seth....bangun  Seth," sayup-sayup terdengar suara emaknya.  Seth membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Nora mak? Macammana dengan Nora mak? Lisa, Afiq....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi  Seth menyoal emaknya.Seth tak dapat menahan kesedihannya lagi.Seth menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Seth tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Seth mak, Nora?" Seth masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Seth itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Seth terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Seth tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu dol..!!

No comments:

Post a Comment