Nabi
Muhammad s.a.w bersabda :
“Jauhilah
dari tujuh dosa besar iatu mempersekutukan Allah (syirik) dan sihir,
dan membunuh orang kecuali kerana hak, dan memakan riba dan memakan
harta anak yatim dan lari pada hari peperangan dan menuduh orang
perempuan yang salih melakukan kejahatan (zina)”
(Hadis
Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim)
Ciri2
Amalan Khurafat yg Bercanggah dgn Islam..
1)
Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah secara yang
bertentangan dan tidak selaran dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,
seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan
kitab suci al-Qur’an, mempercayai ada lagi kiblat lain dari Kaabah.
2)
Mempertikaikan kebenaran al-Qur’an dan atau al-Hadits yang diakui
shahih oleh ulama hadits.
3)
Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan
dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa
‘alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntazhar atau lain-lain istilah
yang seumpamanya.
4)
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai
agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
5)
Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara
yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah seperti
memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa,
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya
boleh berkahwin lebih dari empat.
6)
Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan aqidah
dan syariah yang diasaskan kepada dalil Qat’ie dan tidak boleh
dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad,
sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardhu haji ke
Mekah dan seumpamanya.
7)
Mentafsir dan menghuraikan al-Qur’an dan atau al-Hadits mengikut
sesuka hati.
No comments:
Post a Comment