Tuesday, May 15, 2012

Felda Tenang, Jertih Terengganu


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama 

Rumah asal Felda Tenang
Sejarah
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.

Dasar Pengambilan Peneroka
Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan
Kebun Felda Tenang
 
aktiviti pertanian utama sekarang di T9 ialah kelapa sawit

Pintu Gerbang Felda Tenang


Dewan Kecil Felda Tenang

Kawasan Tanah Perkuburan Di F.Tenang

Balai Polis Felda Tenang 

SK LKTP Tenang 

Dewan Felda Tenang 

D'Mart Felda Tenang

 Tabika Kemas Felda Tenang

Klinik Desa Felda Tenang

 Kelas OKU

Dewan Felda Tenang

Koperasi Felda Tenang 

Tapak Pasar Rabu Felda Tenang 

Dewan Kecil 

 Pejabat Felda Tenang

  kolam ikan @ halaman rumah Felda Tenang

 Gong @ halaman rumah Felda Tenang

 Makan Gulai anak Felda Tenang..
Hidangan hasil gotong royang penduduk sini.. perkk memang sedap...


maps Felda Tenang


Dari kecik ag aku di besarkan di Felda Tenang ini...Banyak kenagan pahit dan manis yg aku lalui disini...Kami mula berpindah di Felda ini selepas 4 bulan aku dilahirkan kerana rezeki ayah dapat tanah di felda ni, ayah terpaksa berhenti kerja kerana mengikut syarat felda utk bekerja di felda menguruskan kebun yang baru di tanam..
Oleh sebab kebun masih baru dan belum boleh mendapatkan hasil, Ayah terpakasa menjual kesemua rumah lama & tanah2nya yg lain untuk menyara kami 9 beradik yang masih bersekolah dan kecil2 lagi...Aku pula dr kecik lagi ikut ibu dan ayah ke kebun kerana tiada orang yang mengasuh kami kecuali ibu dan ayah..Lepas aku masuk tadika aku jarang2 ke kebun hanya menolong ibu dan ayah pada hujung minggu iaitu sama2 mengutip susu getah yg tlh dibekukan (pok getoh)....dapat la upah seringgit...tapi time tue aku rasa memg da byak..dapat beli 10 pek jajan daa...kakakaaahh
Tp kenangan di Kebun Felda Tenang aku x akan lupakan...masa baby ag buai di gantung di pokok getah, kt situ tempat tidur aku semasa tunggu ayah abis menoreh...bila da blh jln slalu digigit pacat, masa sekolah rendah jumpa ular sgt besar , dikejar anjing dll..13 thun plak tercucuk besi semasa angkat buah kelapa sawit, lagi lemas di sungai plak..sangat2 buas aku nie..pergi memancing plak dapat ular..bukannya ikan...kikikikk....ape lagi trus cabut laa.... :D

Kini aku dah besar & sekarang langsung x ke kebun lagi kerana aku dah merantau kerja di KL...sesekali balik kampung, boleh nampak laa perubahan dah banyak di Felda Tenang sekarang..Keadaan kampung semakin maju sikit dan kini dah ada Dewan, Sekolah, Perpustakaan, Taman Permainan, Kedai2 dan lain2 memudahkan lagi penduduk Felda dlm segala urusan..

Cuma harap anak2 felda tenang dan felda global sendiri dpt berganding bahu dan sama2 berusaha membangunkan lagi Felda Tenang agar lebih maju terutama bagi membuka ruang untuk generasi baru Felda mendapat peluang pekerjaan di kawasan felda itu sendiri supaya generasi seterusnya dapat terus bersama -sama felda bagi memajukan lagi felda dari segala aspek...Jika segalanya tercapai maka tak perlulah semua anak2 muda merantau ke luar Kota bagi mendapatkan peluang pekerjaan..

Harapan aku smoga Felda Terus Maju & Aman Damai..
#love felda

8 comments:

  1. Kedai Burger tu penting...hehehe....terbaik la siza...i like!!

    ReplyDelete
  2. ha3..kedai tu meme terbaik pun..hik3

    ReplyDelete
  3. jom laa..ramai2 balik kampung..kita berkelah di La Hot Spring!!!

    ReplyDelete
  4. salam, nak tnya tanah felda boleh jual kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..sory sgt2..sy jrg buka blog..psal soalan tu..
      mana2 peroka Felda sbnrnya tak boleh menjual, menggadai atau menyewakan tanah mereka tanpa kebenaran kerajaan negeri, sekalipun urusan dilakukan menerusi peguam atau surat kuasa.
      Sebarang perjanjian tukar milik yang dibuat tanpa kelulusan Menteri Besar dan kerajaan negeri dianggap sebagai tidak sah kerana melanggar syarat Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960)

      Jika penama asal meninggal dunia, tanah tersebut akan menjadi tanah pusaka dan waris terdekat berhak menuntutnya..

      Tujuan Felda buat pun untuk memastikan aset orang Melayu kekal dimiliki warisnya.

      Delete
  5. terima kasih for da info..sy nak tnya lagi..sy ade buat thesis pasal cara pembahagian tanah felda untuk generation kedua..case study sy kat felda tenang.. pahtu macam mane sy nak daptkan sejarah bila tanah felda ni dibangunkan..statistik dia

    ReplyDelete
  6. sory..saya pun tak tau byk info pasal felda..utk lebih lanjut awak boleh tgok website felda @ rujuk pejabat felda tenang...yg saya tau masa saya lahir kitaorg pindah dan duduk di felda tenang ni..hehe3

    ReplyDelete