Mungkin kita ambil sambil lewa sahaja pasal hukum menghadiri Majlis..Kupasan menarik daripada Ikimfm harini dalam segmen Tarbiah pasal Hukum menghadiri Majlis..
Hukum kepada Jemputan majlis walimatul urus adalah WAJIB hadir dan jika tidak hukumnya berdosa dan perlu bertaubat..
Kecuali jika ada kemudaratan dan jika majlis itu yang membezakan taraf atau majlis yang hanya menjemput org2 kaya2 shja dan ketepikan orang miskin adalah tidak perlu hadir..
krn agama kita tiada perbezaan yg kaya atau miskin dan majlis sebegitu diaagap majlis paling jijik dan dibenci oleh rasullullah...
Majlis-majlis lain adalah tidak wajib..
manakala jika majlis tu ada unsur2 haram Hukumnya adalah HARAM utk kita hadirinya..
Hukum kita pergi majlis yang kita tidak dijemput Imam al-Baijuri Rahimahullah menyatakan adalah HARAM hukumnya menghadiri majlis tanpa diundang kecuali jika dia tahu tuan rumah itu berniat untuk bersedekah atau sebagainya redha dengan kehadirannya dan di antara tuan majlis dan tetamu itu keduanya saling kenal-mengenali dan mempunyai hubungan yang rapat atau mesra.
Jika suatu majlis itu dan tetamu yang diundang bersifat umum, maka dalam keadaan ini tidaklah termasuk dalam larangan. Maka tidak haram hukumnya dia hadir ke majlis tersebut walaupun tanpa undangan khas. Contohnya ialah:
Tuan rumah mengatakan pada seseorang: “Panggillah dan jemputlah sesiapa yang kamu mahu atau sesiapa yang kamu temui.”
Tuan rumah atau wakilnya membuka pintu rumahnya dan berkata: “Sesiapa saja boleh masuk dan hadir ke majlis ini.”
Hukum Hadir dalam Perayaan Kufur adalah HARAM
cth: ( Krismas, Depavali dll)
Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Sedangkan perayaan hari raya orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.
#semoga kita mendapat manfaat daripadanya
No comments:
Post a Comment