Tuesday, June 24, 2014

Garam Dalam Kehidupan

Dalam hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk."
Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.

Kegunaan garam :
1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( 10 ).

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Tapi Pengambilan Garam perlu dihadkan

Garam berlebihan juga boleh membawa pelbagai penyakit
TANPA garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.
Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.
Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.
Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 – 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.
Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.
Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.
Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.
Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.
Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.
Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

INFO: Tip kawal pengambilan garam
Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.
Makanan tinggi garam
Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram – 1,000 hingga 5,000 miligram garam
Stok/kiub makanan – 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
Sos salad seperti mayonis – lebih 1,000 mg
Makanan dalam tin – 500 hingga 1,500 mg.
Makanan diawet :
Telur masin – 500 mg
Ikan masin – 1,500 mg
Buah-buahan jeruk (masin) – 1,000 mg
Udang kering – 4, 000 mg
Belacan – 1, 000 mg.


No comments:

Post a Comment