Tuesday, June 18, 2013

Persiapan ke Jepun

Taun 2013 company aku buat trip ke Jepun...Biasalah orang belanja free...aku follow je laa...
Tapi smua orang cakap company aku nie memang Terbaik laa buat trip kat Jepun..Aku sebagai staff pun bersyukur laa banyak2...

masa dah pun ditetapkan...Kami bertolak pada 4 April 2013...
Tapi sebelum pergi aku ada laa hafal2 ayat senang skit utk senang berhubung, cthnya:
selamat pagi - ohayoozaimasu
selamat t/hari - kon'nichiwa
selamat mlm - oyasuminasai
how are u - ogenkidesuka
how much - donogurai
deliciousOishi
toilet - toire
makan - taberu
thanks - kasha / arigatogozaimash

tapi yang kelakarnya...bila diorang jawab, aku plak tak faham ape diorang cakap...hahaa

aku cuma bawa 30k yen shja utk seminggu..biasalh, gi plak time aku tgah pokai..ni pun utk shopping jew, cukup laa tu kot...coz makan, penginapan n pengankutan dan ditanggung oleh MyBigBoss...
Tapi x sangka sampai Jepun rupa2nya x cukup lorr...
Apa lg, aku mintak laa duit ag ngan Boss...

Ni plak bekalan makanan yang aku bawa...Dlm luggage aku masukan baju 5helai, jeans 1, telekung &  yang lain smua makanan...Nati blk ringan laa beg..habiskan semua makanan, tinggal pakaian je laa...Aku bawa bnyak skit biskut2, ye laa kat tempat orang takut susah nak cari makanan halal...

Sunday, June 16, 2013

JENIS-JENIS KHURAFAT

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. 
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. 
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
 7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.
 11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-  
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
  • Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
  • Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
  • Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
  • Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.
21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.  
Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.
25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.
27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.
28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar.
29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
Rujukan :
Menjana Masyarakat Beraqidah – Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan Perdana Mentiri, NBD.

KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KEPERCAYAAN KHURAFAT
Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.

CARA-CARA MENGATASI ATAU MENGHAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT
Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang  melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.

PUNCA TERJADINYA AMALAN KHURAFAT

  • Kejahilan
Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.
  •  Kepentingan peribadi
Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.
  •  Niat yang jahat
Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.
  • Pergaulan
Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black Metal.
  •  Keadaan sekeliling
Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor berleluasanya jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan sekeliling masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah.
  •  Adat kebiasaan
Factor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia. Dengan slogan “Biar mati anak jangan mati adat”, anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan, umpamanya mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.
  • Kepercayaan Karut
Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut.
  • Pengaruh politik
Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes ayah Pin di Terengganu)
Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:-
1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka mudah terpesong.
2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama.
3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina untuk tujuan pemujaan.
4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka terus berlaku.

PENGERTIAN KHURAFAT

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Jauhilah dari tujuh dosa besar iatu mempersekutukan Allah (syirik) dan sihir, dan membunuh orang kecuali kerana hak, dan memakan riba dan memakan harta anak yatim dan lari pada hari peperangan dan menuduh orang perempuan yang salih melakukan kejahatan (zina)”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim)



Ciri2 Amalan Khurafat yg Bercanggah dgn Islam..
1) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah secara yang bertentangan dan tidak selaran dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Qur’an, mempercayai ada lagi kiblat lain dari Kaabah.
2) Mempertikaikan kebenaran al-Qur’an dan atau al-Hadits yang diakui shahih oleh ulama hadits.
3) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa ‘alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntazhar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.
4) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
5) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat.
6) Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan aqidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil Qat’ie dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya.
7) Mentafsir dan menghuraikan al-Qur’an dan atau al-Hadits mengikut sesuka hati.