Friday, October 9, 2015

Legoland Malaysia

 Setelah sekian lama x jalan2 sbb kerja yg berlambak2 akhirnya aku luangkan skit masa berhibur ngan keluarga n saing2..tgh2 plan nk jln2 tetiba last minute dgr cite yg sinar harian buat ofer tiket Legoland..ape lagi cpt2 beli..Alhamdulillah akhirnya dapat laa..dan hujung minggu terus pergi berhuhuhu di Legoland..

pintu parking kereta

tgok dulu games ape yg best..

kaunter tiket..fuhh ramai..

pintu masuk legoland

geng adik beradik posing sekeping..

singgah mkn dlm legoland

last2 kfc jugak yg jadi pilihan..

waahh..dasyat...agak2 brape juta laa lego yg dicantum..

si tukang masak


dlm bilik pameran star wars..

 star wars





 dpn pintu masuk water park..

ada gak games tembak2 nie.sronok budak kat depan tu..ley jugak dia dpt Bananana

 rasa cam jantung tertinggal kat atas..tobat rasa nak naik lagi..hehe3



ngah Q nk main..bkn main ramai Q ye..




dalam benda alah ni laa kami lihat panorama seluruh Legoland




& last skali kitaorg pergi water park..
tp kat sini x der ambik gambar...smuanya seksa2..so x baik ok..haha3

pendek kata tempat ni memang best utk main..cuma time aku pergi tu je yg x kena, pergi awal bulan dan hari minggu plak tu..perkk ramai giler orang & terpaksa Q panjang utk main ape2 games..ape2 pun puas hati bila dpt main..

Tuesday, August 11, 2015

Resepi Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar & Sambal Salsa

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 inci halia
1 labu bawang putih (6-8 ulas bawang putih)
3-4biji cili merah (klu nk pedas blh tambah)
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
1 sudu makan kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan dan serbuk ketumbar
2-3 sudu makan lemon (diambil jusnye) 
sedikit air


Cara penyediaan

1) Bersihkn ayam dgn tepung gandum dan dibilas dgn air bersih,kelar2kan ayam sedikit terutama dibahagian isi.

2) kisar bawang putih,cili,halia,serbuk kunyit,serbuk ketumbar,serbuk jintan,jus lemon dan sedikit air.

3) tuangkan bahan kisar pada ayam dan gaul sebati,perapkn sebentar barulah dibakar selama 45minit,terbalik2kan ayam agar garing kedua2 bahagian (letakkn sedikit minyak agar ayam tidak mudah melekat pd dulang pembakar) 

4) bila ayam sudah masak keluarkn ia kemudian dipotong2 dan tuangkan sambal salsa

RESEPI SAMBAL SALSA

2 biji tomato
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
beberapa batang daun ketumbar
gula dan garam secukup rasa
4 sudu perahan lemon 
sedikit air

cara penyediaan

1) kisar semua bahan diatas sehingga hancur

••} Hidangkan bersama ulam2 dan nasi panas

Dipersilakan SHARE 

selamat mencuba!!!




#Resepi asal dr Potret Kasih yg telah diolah..

Monday, June 8, 2015

Resepi Apam

APAM PISANG

Bahan-bahan :
4 biji telur
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
6 biji pisang di lenyek-saiz sedang
secubit garam
panaskan kukusan,
pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat
masukkancampuran tepung dan gaul sebati.
masukkan pisang dan garam, gaul sebati.
lanser tin/loyang, tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45 minit...
**if guna acuan kecil2, sekali kukus lebih kuran 5-10 minit sahaja..

APAM NASI

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 peket yis Mauripan
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air
Kelapa parut putih + sedikit garam secukupnya, dikukus selama 5 minit
Cara Membuat :
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali nasi dan air, gaulkan sebati dan ketepikan sebentar.
Kisarkan nasi bersama air sehingga betul-betul hancur halus dan campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi. Perapkan selama 3 jam atau sehingga adunan naik. Warnakan ikut pilihan.
Sudukan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. Jika menggunakan loyang bersaiz 8 inci, kukus selama 30-45 minit atau sehingga betul-betul masak.


APAM BALIK

Bahan-bahan ( 7 biji )
500 g tepung gandum
1 cawan gula
3 cawan air
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning telur
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk penaik
garam secukup rasa
Bahan2 inti: 1 tin jagung cream style, kcg tanah tumbuk/ kisar kasar (digoreng tnpa myk), marjerin dan gula
Cara-cara
sediakan bekas bulat besar dan masukkan semua bhn2 kecuali tepung gandum dan bahan2 inti. gaul sbati.
masukkan tepung sdikit demi sedikit sambil dikacau dengan senduk. teruskan gaul sampai adunan gebu dan tidak berketul-ketul..
perapkan adunan semalaman. (jika tidak diperap tidak akan cantik lah apam balik tu). bila dah diperap..sediakan kuali leper ( bagi yang xde acuan apam balik tu lah k) dan lenserkan dgn sdikit myk..
ambil sesenduk adunan dan lenserkan di atas kuali y dah panas tadi. bila dah separuh masak isikan bhn inti ikut turutan marjerin, kcng tnh tumbuk/kisar, jgng dan akhir skali gula..bila dah nmpak masak blh lipat 2 macam apam balik tu..
siap dan bleh hidang..selamat mencuba..
note : pastikan anda perap simpan dalam peti sejuk..esen pisang jgn ltk byk sebab esen pisang tu amat kuat baunya

 

 


Thursday, June 4, 2015

Resepi Pizza Bajet


Resepi Pizza Bajet!!!

Assalamualaikum smua...
Ni aku nk kongsikan resepi yg pling Senang, Mudah, Jimat & Sedap...

Cara-cara buatnya :-

A) Dapatkan 1 buku roti Gardenia..susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti still lembut selepas roti di bakar nanti..lepas tu sapu roti tu dgn Tomato Puri..

B) Letak kepingan Cheddar Cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi..

C&D) Kemudian letakkan Kepingan Sosej , Cendawan Butang, Lada Banggala
kepingan Ayam Dadu atau apa2 je yang korang suka korang letak ikut selera dan bajet korang..tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh masak dulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi..
Akhir sekali taburkan Mozarela Cheese untuk dapatkan cheese yang bertali bila korang makan nanti..

E) Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit...

F) Dah masak potong la pizza tersebut ikut suka

G) Last..ni part yang paling best 

😝

Lepas dah potong dan susun cantik, ambik gambar & post..


SELAMAT MENCUBA!!!



#Dipersilakan Share supaya dpt Nikmati Bersama

#Info dr Rakan FB..memg sdp & terbaikk

Monday, March 30, 2015

Menjelang 1 April 2015. Hari keramat dan bersejarah buat semua Rakyat Malaysia. 
Government Say Thankyou kepada semua. Hahahahaha... 
Dan bermula lahh April fool....   

40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. 
Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA
Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja.. Tarik nafas dan bermulalah :
1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL
6. Batalkan kad kredit
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah/AJ
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA
39. Kurangkan tengok drama orang kaya2
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. 
Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas.. jgn lupa 2015, tahun GST...

Thursday, February 12, 2015

Al-Fatihah..Perginya seorang Murabbi Ummah...



 SEBUT sahaja nama “Tok Guru” sudah pasti auranya sangat kuat khasnya terhadap rakyat Kelantan dan juga seluruh masyarakat dunia yang sentiasa dinanti-nantikan apa jua khabar mengenai beliau.

Tok Guru atau nama sebenarnya,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan pada hari Sabtu iaitu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau seorang   guru agama yang aktif dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi.

Jadi  tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’  atau ‘ Tok Guru’ yang melekat sehingga sekarang termasuk kanak-kanak sekalipun mengenalinya.

Mengenai pendidikannya, Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka.

Bapanya, merupakan keturunan Raja Jembal, lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama dan terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Nusantara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Aminah Majid.

Pada masa itu juga, Nik Aziz berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Datuk Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) mengenai ilmu Fekah.

Nik Aziz sewaktu berusia 9 tahun pula, dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu.

Beliau menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Nik Aziz  masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih berusia darinya.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Kemudian beliau juga menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan pelbagai lagi.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah.

Kemudiannya, pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir sebelum menyambung pelajaran pada tahun 1958 di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengajian Hahasa Arab.

Selepas itu, beliau terus menimba ilmu menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama dua tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanah air Februari
1962.

Pada usia 34 tahun (1962), beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu.

Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Pada tahun 1962 juga beliau membuka sekolah yang diberi nama sebagai Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka dengan menggunakan tanah wakaf diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom.

Beliau juga pada sebelah petang dan sebelah pagi berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin.

Manakala pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama  dua tahun sebelum meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu pada 1 Januari 1964.

Menyentuh mengenai dunia politiknya pula, Nik Aziz mula  menjadi ahli Pas sejak tahun 1967 dan pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa).

Selanjutnya, pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Adun  Semut Api. Kemudiannya, pada tahun 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat sehingga tahun 1995 kemudian dilantik sebagai Mursyidul Am
Pas mengambil alih amanah ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990 dan di sinilah bermulanya era kepimpinan ulama.

Tok Guru seorang pemimpin yang sangat petah bercakap kerana setiap yang dituturkannya mahupun  perumpamaan yang digunakan dalam ceramah mahupun kuliahnya mudah untuk difahami.

Dialek Kelantannya yang pekat dan juga  bait-bait ayat digunakan dalam setiap tutur bicaranya dapat memikat hati para pengikutnya dan ia mudah melekat dalam sanubari apatah lagi ketika sesi kuliah mingguan pada hari Jumaat di adakan di Dewan Zulkifli Muhammad
Bangunan Pas.

Perkongsian minda beliau bukan sekadar dimanfaatkan oleh penyokong tempatan bahkan bahan  kesetnya (rekod ceramah ketika itu) tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand sehinggakan menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.  

Tidak terhenti di situ sahaja, biarpun sudah tidak menjadi menteri besar lagi selepas melepaskan jawatannya selepas PRU13 dan dalam keadaan kesihatan agak tidak berapa elok beliau masih lagi meneruskan ceramah biarpun tidak secara tetap.

Di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan  Tok Guru.

Ketika era pentadbirannya juga Nik Aziz adalah seorang yang hebat kerama kehebatan yang dikurniakan ALLAH  SWT kepada Mursyidul Am Pas itu tidak dapat dinafikan apabila pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak)  dan  menganugerahkan beliau sebagai
Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada 2009, beliau antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.





#sumber SH

AL-FATIHAH Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau guru kami kau murabbi kami
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau guru kami kau murabbi kami
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Murabbiku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau guru kami kau murabbi kami


Alfatihah tok guru kesayangan kami tok guru nik aziz nik mat . :,(
Pesanan TGNA untuk jiwa-jiwa yang menyintai perjuangan Islam!!!


Sebak..Mata ni x leh nk tahan dari mgalirkan air mata..
Ingtlh amanah TokGuru.. kita yg hidup teruskan perjuangn Islam tercinta demi Allah..

AL-FATIHAH
Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
10 Jan 1931 - 12 feb 2015

meninggal dunia jam 9.45 malam dirumahnya di 
Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan..

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka