Monday, June 30, 2014

Roh yg Kembali di Bulan Ramadhan...

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganja
ran pahala kebaikan..

Ini mesej Cantik 
Yang membuat saya malu pada diri saya .
Adakah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kita membawa al-Quran seperti cara kita membawa telefon bimbit ...?
Bagaimana jika kita boleh membawanya di mana sahaja kita pergi;
Di Dalam beg kita .... atau Poket kita?
Bagaimana jika kita melihat halaman beberapa kali sehari ?
Bagaimana jika kita kembali untuk memuat jika dilupakan ? 
Bagaimana jika kita dianggap seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa ia ..?
- Dan benar-benar, kita tidak boleh hidup tanpanya ...!
Bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak kita sebagai hadiah ??
Bagaimana jika kita membacanya semasa dalam perjalanan ??
Bagaimana jika kita menjadikan ia satu keutamaan setiap hari??
Mari kita menjadikan
"Al-Quran adalah kawan kita yg terbaik ."

Jika anda .. rakan-rakan anda .... dan keluarga .. , Berkongsi peringatan ini dengan mereka ...!!
saintifik terbukti:
Mendengar Quran mengurangkan kelaziman sel-sel kanser dalam tubuh manusia dan juga memusnahkan mereka.
Dengan pemanjangan sujud menguatkan memori , dan mencegah strok .
Sujud membuang caj positif di dalam badan
- Dalam dunia mana SEGALANYA menggunakan elektrik dan memberi kesan negatif kepada kita jadi belajarlah dgn kepentingan ini.
Syaitan berkata:
"Saya tertanya-tanya bagaimana manusia dgn tuntutan Cinta Allah dan menderhaka kepadaNya, dan tuntutan mereka benci saya . tetapi mereka taat kepada saya!"
Akan mengambil 60 saat untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang tersayang, menyebarkannya sebagai peringatan.
Amaran - 
Jangan hantar kemudian.
Hantar sekarang.
Semoga Allah swt memberi muafaat. geran kejayaan kepada semua orang yang membaca dan menghantar .... Aminn ya robal alamin. 
Selamat beramal.
~~JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUT~~
-- JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG.

Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas . Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun . 
# Share la dpt pahala mengingatkan sesama agama ,, tdak kira agama ape .

^^ 7 petala langit , 7 petala bumi , 7 lautan , 7 hari , 7 syurga , 7 neraka , 7 baris surah dalam al-fatihah , 7 bukan nombor sebarangan . :')

Seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah .

Bila kita dah nampak ayat ni , setan hasut " tak payah copy paste la .. buang masa je " .

Masya Allah... ORG YG SYGj ALLAH JE YG COPY NIE :Tak smpai 1minit pun . "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Thursday, June 26, 2014

Maaf Pintaku

Di kesempatan ini, aku nak susun 10 jari mohon ampun & maaf jika aku terkasar bahasa..
Anggaplah semua itu hanya kesilapanku dimasa lalu.. Marah2, tengking2 tu sebab korang tak makan saman, tapi itu semua bukan bermakna aku benci tapi hanya nasihat supaya jadi lebih baik kerana sebagai orang islam kita semua harus sama2 nasihat-menasihati antara satu sama lain.. Aku juga insan lemah yg sering lakukan kesilapan tapi aku akan berusaha jadi lebih baik hanya kerana Allah yang satu..Aku juga berharap di Bulan Mulia bulan Ramadhan nanti kita semua mendapat hidayah, keberkatan, rahmat darinya dan dipertemukan dengan Malam lailatulqadar..InsyaAllah..

Menghadiri Majlis Yang Dihidangkan Arak

Assalamualaikum..

Nak tanya beberapa soalan. diharap disertakan dengan dalil yg sahih. kalau ade sebarang hadis yang dhaif, jugak tlg sertakan (bersama taraf hadith).

1. Kalau dtg ke function yg ada sediakan arak, tapi tak tau pada awalnya, apakah hukumnya? Adakah kena meninggalkan function
secepat mungkin? Mcmn kalau dah berjanji utk dtg, contohnya untuk business purpose? Boleh ke makan @ minum kt ctu (yg halal laa)?

2. Pegi/minum kt lounge yg jual beer, hukumnya? Tak minum/mkn selain yg halal jer. Boleh ke dipercayai? Kalau guna gelas yg sama cam
diorang hidangkan beer, boleh ke minum guna gelas tu (dah basuh la)?

Wassalam.
----------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan keada kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Sebahagian dari soalan anda pernah kami jawab didalam Soal-Jawab yang lalu. Berikut adalah jawapannya.

SJ-13-0267 : Hukum memasuki tempat maksiat wrote:
Hadith yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadithnya adalah dari Abdulllah ibn 'Amr berkata, bahawa Nabi saw bersabda :-


مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ

"Barangsiapa yang meminum ARAK dan MABUK, solatnya tidak diterima selama 40 hari dan jika dia mati, dia akan masuk neraka" [Hadith Riwayat Ibn Maajah #3377].

Dalam konteks kedai makan atau restaurant yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah 'Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan anda yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap dalurat.

Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restaurant tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah swt :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

" hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" [surah al-Maa'dah : 2]

Kesimpulannya, hadith 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah anda tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran anda disana adalah semata-mata dalam skop 'pekerjaan'.

Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss anda tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, bolehlah anda jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati anda tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. WA.

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33148

Didalam keadaan yang anda mempunyai pilihan untuk memilih (choice), adalah lebih baik bagi anda meninggalkan function tersebut. Akan tetapi, jika tidak terdapat apa-apa pilihan (disebabkan desakan majikan dan sebagainya), anda boleh menyertai function tersebut dengan minum dan makan makanan yang halal.

Quote:
2. Pegi/minum kt lounge yg jual beer, hukumnya? Tak minum/mkn selain yg halal jer. Boleh ke dipercayai? Kalau guna gelas yg sama cam diorang hidangkan beer, boleh ke minum guna gelas tu (dah basuh la)?

Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, kalau lounge tersebut semata-mata menjual beer, hendaklah anda mengelak untuk pergi. Jika tempat tersebut menjual minuman yang bercampur-campur dan akibat desakan masjikan, anda boleh makan dan minum makanan n yang halal disitu.

Bagi gelas yang pernah digunakan untuk meminum arak, apabila ia sudah hilang bau, warna dan rasa, gelas tersebut boleh digunakan. Najis Arak adalah Najis Hukum dan bukan zat arak. Maknanya, arak hukumnya HARAM di minum, menyentuhnya hanya diperlukan membasuh untuk menghilangkan bau, warna dan rasa. Gelas tersebut tidak perlu di samak. WA.

sumber : Koleksi Soal Jawab Fiqh

Jemputan Majlis Walimatul urus

Mungkin kita ambil sambil lewa sahaja pasal hukum menghadiri Majlis..Kupasan menarik daripada Ikimfm harini dalam segmen Tarbiah pasal Hukum menghadiri Majlis..

Hukum kepada Jemputan majlis walimatul urus adalah WAJIB hadir dan jika tidak hukumnya berdosa dan perlu bertaubat..
Kecuali jika ada kemudaratan dan jika majlis itu yang membezakan taraf atau majlis yang hanya menjemput org2 kaya2 shja dan ketepikan orang miskin adalah tidak perlu hadir..
krn agama kita tiada perbezaan yg kaya atau miskin dan majlis sebegitu diaagap majlis paling jijik dan dibenci oleh rasullullah...
Majlis-majlis lain adalah tidak wajib..

manakala jika majlis tu ada unsur2 haram Hukumnya adalah HARAM utk kita hadirinya..

Hukum kita pergi majlis yang kita tidak dijemput Imam al-Baijuri Rahimahullah  menyatakan adalah HARAM hukumnya menghadiri majlis tanpa diundang kecuali jika dia tahu tuan rumah itu berniat untuk bersedekah atau sebagainya redha dengan kehadirannya dan di antara tuan majlis dan tetamu itu keduanya saling kenal-mengenali dan mempunyai hubungan yang rapat atau mesra.

Jika suatu majlis itu dan tetamu yang diundang bersifat umum, maka dalam keadaan ini tidaklah termasuk dalam larangan. Maka tidak haram hukumnya dia hadir ke majlis tersebut walaupun tanpa undangan khas. Contohnya ialah:

Tuan rumah mengatakan pada seseorang: “Panggillah dan jemputlah sesiapa yang kamu mahu atau sesiapa yang kamu temui.”

Tuan rumah atau wakilnya membuka pintu rumahnya dan berkata: “Sesiapa saja boleh masuk dan hadir ke majlis ini.”

Hukum Hadir dalam Perayaan Kufur adalah HARAM 
cth: ( Krismas, Depavali dll)

Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Sedangkan perayaan hari raya orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

#semoga kita mendapat manfaat daripadanya


KEMALANGAN berlaku di Jalan Subang ke Lapangan Terbang Sultan Salehuddin, Kuala Lumpur, jam 9.00 pagi pada 26.6.14. Menurut polis, pemandu telah pun dibawa ke hospital...

Aku hari2 lalu sini..memang nampak keadaan jalan berbahaya dan rosak..disebabkan tiada pilihan lain terpaksa lalu jugak laa, tapi duk di line paling kiri bagi mengelak kemungkinan yang berlaku..Tapi kata orang malam tak berbau, kalo dah tertulis tetap akan jadi juga..

Tapi bila sering berlaku kemalangan di kawasan ni melibatkan kematian siapa yang perlu menjawab kenapa ia sering berlaku..Bagi aku ia disebabkan oleh kecuaian pihak kontraktor itu sendiri..

Kemalangan ni banyak beri pengajaran juga kpd kita semua untuk lebih berhati-hati dan pada kontraktor2 lain pun ambillah iktibar jgn abai kan tentang SAfety yg melibatkn Nyawa org...Safety ada kat company pun xda guna kalo Majikan or P. M x pikir pasal Safety.. Sebab semua terletak di Tangan anda sebagai majikan or P.M yg bagi approval untuk wat safety kat tempat keje..

# Safety First, Think Safety, Safety Always.

Wednesday, June 25, 2014

Sejarah Malaysia

Askum smuaa...harini  aku nak selitkan sikit laa pasal sejarah sbb aku ni suka sejarah laa & supaya aku ni sentiasa mengingati sejarah...Sejarah Malaysia merupakan sejarah utama yg perlu diketahui smua warga Malaysia agar dpt belajar drpd sejarah terdahulu, tidak lupa asal usul kita & supaya kita lebih cintakan negara..Jangan biarkan sejarah lama berulang kembali...

perkk ayt cam nk buat karangan laa plak..he3


๑۩۞۩๑ Sejarah Malaysia ๑۩۞۩๑

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negara - Malaysia, IndonesiaFilipina,SingapuraBrunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Sejarah awal
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.
Zaman penjajahan
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos1957
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau PinangSingapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu PerakPahangSelangor dan Negeri Sembilanyang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah PerlisKedahKelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Penubuhan Malaysia
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.


Apa yg Terjadi pd Tubuh Kita setelah DiKUBURkan..??


Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan.. 
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka... Aamiin... 


Aku berdoa..
Ya اَللّهُ : 
*  Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini 
*  Lapangkanlah hatiku dan hatinya 
*  Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan 
*  Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan 
*  Mudahkan segala urusanku dan urusannya 
*  Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya 
*  Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
*  Jauhkan kami dari segala Musibah 
*  Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan 
*  Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU. 
   آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kirim kepada semua orang dalam contact. Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan. آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

semoga kita mendapat manfaat daripadanya...

Tuesday, June 24, 2014

Andai ini takdirku..


Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya... 

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..

via : karyawanbisu.blogspot.com

Garam Dalam Kehidupan

Dalam hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk."
Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.

Kegunaan garam :
1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( 10 ).

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Tapi Pengambilan Garam perlu dihadkan

Garam berlebihan juga boleh membawa pelbagai penyakit
TANPA garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.
Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.
Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.
Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 – 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.
Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.
Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.
Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.
Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.
Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.
Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

INFO: Tip kawal pengambilan garam
Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.
Makanan tinggi garam
Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram – 1,000 hingga 5,000 miligram garam
Stok/kiub makanan – 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
Sos salad seperti mayonis – lebih 1,000 mg
Makanan dalam tin – 500 hingga 1,500 mg.
Makanan diawet :
Telur masin – 500 mg
Ikan masin – 1,500 mg
Buah-buahan jeruk (masin) – 1,000 mg
Udang kering – 4, 000 mg
Belacan – 1, 000 mg.


Makanan yang Aktifkan CYST


Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

# RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA #

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

> Gangguan Haid
> Keputihan
> Masalah ketidaksuburan
> Kemandulan di kalangan wanita
> Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
> Perut kembang
> Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
> Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
> Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
> Kerap letih dan lesu
> Sakit lutut dan tumit
> Kesejukkan kaki dan tanggan
> Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
> Kerap keguguran
> Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka