KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.
Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.
Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.
“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.
Thursday, July 17, 2014
Gempar!!! Pesawat MH17 terhempas
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.
AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.
Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.
Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
-sumber Berita Harian

Ribuan nyawa hilang dalam kes pesawat ditembak jatuh
Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:
* 21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.
* September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.
* 3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.
* 29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.
* 17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.
-sumber dr Berita Harian

Thursday, July 10, 2014
Satu kelemahan Israel yg paling Ketara.
Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid.
Setelah melihat sebentar lalu tentera Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,”kata tentara Israel itu.
Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya “kenapa?”
Dia punmenjawab “di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur.”
Saya merayu, tolonglah forwardkan ini kepada seluruh saudara Islam kita agar solat Subuh sentiasa dipenuhi seperti solat Jumaat.
Allahhuakbar!
Dianggap pengganas oleh dunia kerana pertahankan negara sendiri..
Bersabarlah Gaza...Israel Laknaktullah Hanya berkuasa didunia..akhirat, neraka jahanam tempatnya..
'Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul'
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
Hero Islam
Skuad Komando Amfibia Briged As Syahid Izzuddin Al Qassam adalah kebanggaan seluruh umat Islam atas kejayaan menggempur kubu-kubu musuh Zionis.
Kenapa ia dinamakan Perang 10 Ramadhan??
Perang 10 Ramadhan
Peperangan yang berlaku pada tahun 2009 dinamakan sebagai Perang Al-Furqan, bermaksud peperangan yang membezakan kebenaran perjuangan rakyat Palestin dan kebatilan agenda Zionis.
Peperangan yang berlaku pada tahun 2012 dinamakan sebagai Perang Hijarah As-Sijjil, yang bermaksud batu-batu neraka untuk Zionis sebagai simbolik kepada roket-roket Al Qassam.
Peperangan yang berlaku kali ini dinamakan sebagai Perang 'Ashir min Ramadhan, atau Perang 10 Ramadhan, kerana serangan Al-Qassam ke atas Israel bermula pada 10 Ramadhan.
Nama Perang 10 Ramadhan ini sangat simbolik kepada perjuangan menentang Zionis. Pada 10 Ramadhan tahun 1973, tentera Mesir telah menyerang Barleve Line, barisan kubu tentera Zionis di sepanjang Terusan Suez seterusnya membebaskan Semenanjung Sinai (Saina') yang dijajah Israel dari Mesirpada tahun 1967.
Ketika Perang 10 Ramadhan tersebut, banyak keajaiban berlaku dalam membantu tentera muslim Mesir menentang tentera Yahudi Zionis termasuk mimpi seorang syeikh untuk menembak kubu Barleve dengan tembakan air bagi memusnahkannya. Tembok pasir yang dibina Israel tersebut sebelum itu 'kebal' kepada sebarang tembakan.
Perang 10 Ramadhan demi pembebasan Masjid Al-Aqsa dan seluruh Palestin!
Ni antara Gambaran letupan berdekatan Menara Fairuz di Gaza akibat serangan udara Israel.
#Pray4Gaza
Wednesday, July 9, 2014
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.
Subscribe to:
Posts (Atom)