Sunday, January 13, 2013

Kisah Rasulullah ketawa dan menangis ketika Umar menceritakan kisahnya



Suatu ketika Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam berkumpul dengan para sahabatnya, Rasulullah berkata pada Umar,

"Cuba ceritakan kepadaku yang membuat aku ketawa dan membuat aku menangis".

Kemudian Sahabat Umar pun bercerita. "Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung manisan itu.

"Demi lata uzza mannat engkau lah yang mulia, beri aku makanan sebagai rezeki darimu" kataku. Waktu itu aku menyembah patung namun perutku sedang lapar. Selesai menyembah berhala aku menuju ke dapur, tidak aku dapatkan makanan di sana lalu aku kembali keruangan persembahyangan. Tidak ada makanan selain tuhan ssembahanku, akhirnya dengan rasa sesal aku memakan tuhanku sendiri yang kusembah sembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut bermula dari kepalanya, terus tangannya hingga habis tidak tinggal. "

Mendengar cerita Umar Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi gerahamnya, Baginda bertanya,

"Di mana akal kamu masa Itu?"

Umar Menjawab, "Akal kami memang pintar tetapi sembahan kami yang menyesatkan kami."

Lalu Rasul berkata kepada Umar,

"Ceritakan kepadaku Hal yang membuat aku menangis"?

Umar pun memulakan ceritanya "Dahulu aku punya seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut ke suatu tempat, Tiba di tempat yang aku tuju, aku mula menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku membersihkannya.

Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku membaling anak perempuanku ke dalam lubang. burrr .... dia menangis kencang sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang. "

Mendengar cerita itu menitislah air mata Rasulullah. Begitu juga dengan Umar menyesali perbuatan jahiliyyahnya sebelum dia mengenal Islam.

Felda dapat Durian Runtuh


PUTRAJAYA 23 Dis. - Felda akan membayar bonus insentif produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM102,584,000 pada akhir bulan ini.
Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar bayaran bonus itu adalah antara RM400 dan RM1,200 yang sama seperti tahun lepas bergantung kepada penghantaran hasil.
Menurut beliau, pembayaran bonus itu melibatkan seramai 95,949 atau 85.19 peratus daripada 112,635 peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.
"Bayaran bonus insentif produktiviti 2011 ini akan dibayar di pejabat rancangan. Kerajaan harap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi meningkatkan produktiviti masìng-masing.
"Saya juga ingin menyeru semua warga peneroka agar menyertai program bersama Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan peneroka melalui bimbingan dan khidmat nasihat yang disediakan," kata beliau.
Perdana Menteri berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari 2011 hingga Oktober 2011.
Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar, manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19.00 tan/hektar ke atas.
"Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01 kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,400 kg/hektar.
"Bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 32,865 orang iaitu terdiri daripada 27,069 peneroka sawit dan 5,796 peneroka getah. Seramai 60,584 peneroka menanam semula bersama Felda dan kesemuanya menerima bonus maksimum RM1,200 peneroka seperti tahun lalu," kata beliau.
Menurut Najib, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.
Ini, kata beliau, termasuk kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan.
Kata Perdana Menteri: "Turut terlibat dalam kategori ini adalah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain. Kira-kira 2,500 peneroka terlibat dan kadar bayaran adalah RM400 seorang."
Menurut beliau, seramai 16,686 peneroka atau 14.81 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.
Selain itu, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak akan dibayar bonus insentif itu.
Sumber : Utusan Online





Friday, January 11, 2013

Cameron Highland

Cuti ujung minggu kadang2x tau nak buat apa...Bincang2 last2 smua stuju nak jalan2 Cameron Highland untuk menikmati keindahan alam dan membeli belah...Kami pergi pada 21/12/12..
 Ladang tea Cameron Highland



akar kayu

buah2 tempatan

 Ayam berempah @ pasar malam cameron


 si gemuk bersama Jelly Strawberry nya..


Kilang Tea BOH

Air Terjun sekitar area Cameron

Mak ngah pilih bunga..smuanye cantik2



Singgah Makan Satay Cameron






shoping2 @ Pasar Malam Cameron.




Betol2 best cuti sini...tp agak sakit kepala sebab jalan bengkang-bengkok...silap2 boleh termuntah...haha3...

Kalo korang nak pergi terbaiknya pergi bulan 6 @ masa musim buah..sebabnya masa tu bunga2 dan buah2 sangat2 murah.. Bila buah terlampau banyak harga pun jatuh..biasalh buahkan cepat rosak jadi utk elak bazir dijualnya dengan harga murah2 janji abis semua..

Kat pasar malam sini pun best giler, murah2, banyak pilihan makanan, kechin, bunga2, buah2..perkk sampai rambang mata nak memilih..

Nak tido sini pun tak susah..hotel banyak dan harganya pun berpatutan..

Pendek kata sesuai sangat bercuti bersama keluarga kat sini disamping cuci mata boleh eratkan lagi hubungan sesama keluarga yg jarang2 sangat dapat bersama.