Tuesday, June 24, 2014

Makanan yang Aktifkan CYST


Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

# RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA #

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

> Gangguan Haid
> Keputihan
> Masalah ketidaksuburan
> Kemandulan di kalangan wanita
> Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
> Perut kembang
> Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
> Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
> Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
> Kerap letih dan lesu
> Sakit lutut dan tumit
> Kesejukkan kaki dan tanggan
> Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
> Kerap keguguran
> Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Wednesday, May 28, 2014

~~Aku Tetap T E R T A W A Walau Sebenarnya Aku Ingin M E N A N G I S
Aku Tetap T E R S E N Y U M Walau Aku Sebenarnya K E C E W A
Aku Tetap K U A T Walau Aku Sebenarnya S U D A H X S A N G G U P Lagi
Aku Tetap S E M A N G A T Walau Aku Sebenarnya T E R T E K A N
Dan Yang TERPENTING Aku Tetap S A B A R Dan MEMANDANG SEMUANYA BAIK Walau HATIKU L E M A H Dan SEDANG S A K I T(^_^)~~

"Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita semula ibarat memeluk kaktus. Lebih erat kita peluk, lebih banyak ia menyakitkan kita."
setitik air mata ibu yg tumpah drpd perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yg menembusi dadamu
~menangisi perpisahan akibat gagal bercinta
adalah satu pembaziran mutiara jernih kita &
juga menguji sejauh mana kebodohan kita, Tetapi
dengan menangisi & menyesali akan dosa kita
lantas meminta pengampunan drpd-Nya
akan lebih menjamin dunia akhirat~.....♥♥ 
Abu Hurairah r.a. berkata,

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.
Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.
Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya.."

Ustaz Azhar Idrus kata:

Tahu tak KENAPA kebanyakan LELAKI sekarang menganggap KECANTIKAN seorang WANITA itu LEBIH PENTING jika diBANDINGkan dengan AKHLAK YANG BAIK?

Jawapannya KERANA :
Di AKHIR ZAMAN ini, LELAKI yang BUTA AGAMA jumlahnya lebih BANYAK dari jumlah lelaki yang BUTA MATA..
ALLAHURABBI...


•.♥• Biarlah putus cinta dengan manusia sekalipun, yang penting jangan putus cinta dengan Allah.
Kalau kita putus cinta dengan manusia, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. insyaAllah.•.♥•
tapi. kalau putus cinta dengan Allah, apa lagi yang nak digantikan?

•.♥• Sekiranya kamu menyerahkan cinta kamu kepada Allah, kamu tidak akan menyesal.
Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menolak cinta hamba-Nya. •.♥• 




♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
*~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
*~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
*~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
*~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
*~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.."
amin... 
Kita jadi saksi bahawa apa yang nabi kata makin hari makin betul…Nabi kata, akhir zaman nanti orang akan jadi huru-hara, Manusia makin takde ilmu, tapi Allah bagi hilang ilmu bukan cara bagi hapus Al-Quran, Lupa ilmu, Tak..
Tapi Allah matikan ulamak.. Jadi pesan saya, selagi boleh pulun ilmu, pulun.. Sebab inilah bekal kita, takdir kalau kita dipertemukan dengan dajjal, kita selamat, Insyaallah…

I ♥ Allah ♥ 
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░▌║▐░░░░░░▀▀░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░▀▀▀░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░████░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░██░██░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░██░░██░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░███████░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░███████████░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥


* Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN .

*  Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA 

*  Belajarlah TAAT walau BERAT ..

*  Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI ..

*  Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN ..

*   Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA ..
*   Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..
*   Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH ..
*   Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH ..
Percayalah bahawa Allah SWT selalu disamping kamu (◠‿◠✿)

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?


Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, hari ni aku nk berkongsi sedikit ilmu Bab Mandi Wajib yg Betul….. 
#sumber dari JAKIM.


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (Doa tgok cermin).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

Perangkap Nyamuk!!!


CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG. 

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Silakan SHARE untuk ramai Mencuba! 

Sunday, May 18, 2014

~ Aneka Biskut Raya 2015 ~






Biskut Raya utk Tempahan Sebelum 10 Ramadhan...
* Penghantaran Percuma Area :
   Jertih/ Klang/ K.Kemuning/ S.Alam/ Kota Damansara


Wednesday, May 14, 2014

Sure sedap!!!..lebih 30 jenis Biskut Raya yg menanti utk Raya 2014

ni antara biskut raya yang akan dijual..terdapat 31 jenis biskut raya..tempahan dibuka sekarang dengan harga yg berbaloi2...
utk tempahan boleh wchat/wsap/sms  Siza : 0136399782

Biskut sure sedap dan lembut..Oder laa sekarang!!!..


Monday, May 5, 2014

semalam tol2 hujan lebat + kilat kt area slgor..tv pun x leh tgok laa
aku pun masak je laa kt dapur..tgah asyik masak keje tiba2 kaki rasa basah..
sekali pandang da 1 rumah da banjir..pelik laa..rumah bukn main tinggi pun bajir ke??.
aku pun intai2 laa kot2 ada atap bocor ke ape..

cek punya cek rupa2 nya ada org basuh kain dan wayer air mesin basuh tu terjuntai dlm umh..da brapa kali basuh entah smpai banjir umh2..x pasal2 kena basuh 1 rumh plak..haha3..
blk plak Siti Marlina kena bebel 1 rumah da banjir n habis brg2 dia..hahak3

Wednesday, April 23, 2014

Nasi Bajet Ayam Berempah RM 5!!!


Nasi Bajet Hanya RM 5.00
Dihidangkan dengan Ayam Berempah, timun, sambal dan kari

Hari ni aku nak promote sikit Nasi Bajet ni, sebab ianya murah, sedap dan sesuai utk semua golongan..berbaloi2!!!...Warung ni terletak di tapak pasar malam Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam berdekatan dengan Econsave...

Warung ni juga menyediakan pakej penghantaran berbentuk bungkusan...
Pakej ini sesuai untuk:
- Familly day
- Mesyuarat 
- Acara  Sukaneka
- Hospital & dll

* Untuk penghantaran, tempahan mestilah melebihi 50 bungkus dan perlu deposit terlebih dahulu...
* Penghantaran hanya dilakukan sekitar kawasan Shah Alam &   Klang sahaja
*Jika tempahan dibuat dan pelanggan mahu ambil sendiri di warung kuantiti untuk tempahan tiada limit.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
tel : Ena         : 016-2169092
       Tiney      : 016-5497170

Tuesday, March 25, 2014

Siapa Kapten Zaharie


Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Setengah Mati Merindu!!!

Rindunya nak dgar suara ayah kejutkan bangun sahur..
Rindunya nak menung dlm bilik air lama2..dipagi yg sejuk gosok gigi smbil mata pejam ngantuk...
Rindunya nak gi masjid ngan Mak & jiran2 tetangga..
Rindunya petang2 nak main bola katok (baseball) ngan jiran2
Rindunya nak berebut2 makanan ngan adik2 (saje usik)
Rindunya suasana tunggu Azan sambil ngadap makanan..
Rindunya ngan semua kuih-muih & semua masakan Mak..
Rindunya nak lepak2, main bunga api + mercun di malam hari..
Rindunya aku utk bersama mereka di bulan puasa...

Selamat menyambut Ramadhan buat semua kawan2..Smoga ramadhan kali ini penuh makna...agar kita dapat laluinya dgan sempurna!!!

Gempar!!! 529 orang dijatuhkan Hukuman Mati

Isnin 24/3/2014 masyarakat kita dikejutkan dengan berita sedih dimana 529 orang ahli IKHWAN AL_MUSLIMIN & penyokong bekas Presiden Dr Morsi termasuk Murshidul 'Am nya Dr.Badi' dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan perampas Mesir..

Bagaimanapun dengan keperihatinan rakyat Malaysia, pelbagai pihak bekerjasama berusaha yang terbaik supaya tindakan tersebut ditarik balik..

Bantahan & Serahan Memorandum HUKUMAN GANTUNG akan diserahkan kpd kedutaan Mesir
pada Jumaat, 28 Mac 2014..

Tunjukan sokongan anda!!!...
datang beramai-ramai dan bawa bersama placard dan Banner mengancam tindakan kudeta Mesir..


Para Syuhadaa dalam kenangan...
Smoga 529 ahli kelurga IKHWAN AL_MUSLIMIN diberi kekuatan menghadapu ujian besar ini...
Teruskan berdoa agar hukuman mati yg dijatuhkan makamah Mesir kepada mereka 'ditukar' oleh Allah...

Hasbunallah wa ni'mal wakeel....


Gempar!!! serpihan MH370 kini dijumpai..

Penantian kita kini sudahpun terjawab...

MH370 yg hilang 8/3/14 dijumpai melalui satelit pada 16/3/14 dan disahkan penemuaan serpihan kapal MH370 pada 24/3/14 di selatan lautan hindi..Kesemua mangsa 239 orang termasuk krew tidak dijumpai tapi disahkan tiada yang terselamat ekoran keadaan lautan hindi yg sememangnya berbahaya dengan kedalaman melebihi 3000meter dan keadaan ombak yg sgt besar..

Takziah kepada semua ahli keluarga pesawat MH 370 yang terlibat dan didoakan semua mangsa yang beragama Islam diampuni Allah dan dirahmatinya...