Tuesday, March 25, 2014

Siapa Kapten Zaharie


Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Setengah Mati Merindu!!!

Rindunya nak dgar suara ayah kejutkan bangun sahur..
Rindunya nak menung dlm bilik air lama2..dipagi yg sejuk gosok gigi smbil mata pejam ngantuk...
Rindunya nak gi masjid ngan Mak & jiran2 tetangga..
Rindunya petang2 nak main bola katok (baseball) ngan jiran2
Rindunya nak berebut2 makanan ngan adik2 (saje usik)
Rindunya suasana tunggu Azan sambil ngadap makanan..
Rindunya ngan semua kuih-muih & semua masakan Mak..
Rindunya nak lepak2, main bunga api + mercun di malam hari..
Rindunya aku utk bersama mereka di bulan puasa...

Selamat menyambut Ramadhan buat semua kawan2..Smoga ramadhan kali ini penuh makna...agar kita dapat laluinya dgan sempurna!!!

Gempar!!! 529 orang dijatuhkan Hukuman Mati

Isnin 24/3/2014 masyarakat kita dikejutkan dengan berita sedih dimana 529 orang ahli IKHWAN AL_MUSLIMIN & penyokong bekas Presiden Dr Morsi termasuk Murshidul 'Am nya Dr.Badi' dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan perampas Mesir..

Bagaimanapun dengan keperihatinan rakyat Malaysia, pelbagai pihak bekerjasama berusaha yang terbaik supaya tindakan tersebut ditarik balik..

Bantahan & Serahan Memorandum HUKUMAN GANTUNG akan diserahkan kpd kedutaan Mesir
pada Jumaat, 28 Mac 2014..

Tunjukan sokongan anda!!!...
datang beramai-ramai dan bawa bersama placard dan Banner mengancam tindakan kudeta Mesir..


Para Syuhadaa dalam kenangan...
Smoga 529 ahli kelurga IKHWAN AL_MUSLIMIN diberi kekuatan menghadapu ujian besar ini...
Teruskan berdoa agar hukuman mati yg dijatuhkan makamah Mesir kepada mereka 'ditukar' oleh Allah...

Hasbunallah wa ni'mal wakeel....


Gempar!!! serpihan MH370 kini dijumpai..

Penantian kita kini sudahpun terjawab...

MH370 yg hilang 8/3/14 dijumpai melalui satelit pada 16/3/14 dan disahkan penemuaan serpihan kapal MH370 pada 24/3/14 di selatan lautan hindi..Kesemua mangsa 239 orang termasuk krew tidak dijumpai tapi disahkan tiada yang terselamat ekoran keadaan lautan hindi yg sememangnya berbahaya dengan kedalaman melebihi 3000meter dan keadaan ombak yg sgt besar..

Takziah kepada semua ahli keluarga pesawat MH 370 yang terlibat dan didoakan semua mangsa yang beragama Islam diampuni Allah dan dirahmatinya...