Thursday, November 29, 2012

Dana Felda


Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan.  Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.

Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa. Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF)

SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara

Memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke luar negara sekaligus memberi pendedahan terhadap kemajuan dan teknologi di negara maju. Menawarkan Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang kepada pelajar yang cemerlang SPM dengan SKOR A dalam semua mata pelajaran.
menawarkan biasiswa kepada semua anak peneroka yang berkelayakan serta yang tidak mendapat biasiswa kerajaan.
membuka tawaran kepada anak kakitangan yang tidak mendapat penajaan daripada organisasi lain.

Untuk Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :
Jabatan Inovasi & Pembangunan Generasi Baru FELDA
Tingkat 2 Wisma Felda
Jalan Perumahan Gurney
54000 Kuala Lumpur
Telefon : 03-26172617 Samb : 4013
U/P : Puan Naemah Mohamad Yusof 

Tabung Kebajikan Felda

Info utk warga Felda :

TABUNG KEBAJIKAN FELDA

Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi:

*Penyakit kronik
*Bencana alam
*Memerlukan alat bantuan
*Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul oleh mereka.
# Syarat-syarat permohonan.

TABUNG PINJAMAN PERUMAHAN

Kadar pinjaman bagi seorang peneroka yang layak adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM40,000.00.
Syarat-syarat yang mesti dipenuhi :

Terbuka pada peneroka yang berumur tidak melebihi 70 tahun semasa permohonan dibuat.
Perlu  mempunyai 2 orang penjamin yang berpendapatan tetap (salah seorang mestilah terdiri daripada anak atau waris kadim pemohon).
Bagi pinjaman yang tidak melebihi RM15,000.00, gaji  penjamin mestilah tidak kurang RM500.00 sebulan. Manakala pinjaman yang melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang dari RM800 sebulan.
Tidak mempunyai rekod tatatertib dengan FELDA.
Peneroka mesti menghantar semua hasil ke kilang FELDA atau melaksanakan tanam semula bersama FELDA.
Tempoh minimum Bayaran Balik Pinjaman ialah 10 tahun.  Manakala tempoh maksimumnya ialah 20 tahun.
Pembayaran balik pinjaman ini juga meliputi:
Kos perkhidmatan 2.5%.
Caj perkhidmatan FESSB 4%.
Insurans.
Skim Pinjaman Pembelian Saham Koperasi Permodalan FELDA (KPF) Kepada Peneroka
Simpanan di KPF merupakan salah satu sumber untuk menambah pendapatan bagi melahirkan peneroka menjadi golongan berpendapatan pertengahan.  FELDA juga menyediakan Skim Pinjaman Pembelian Saham KPF (RM1,000) dengan peruntukan sebanyak RM120 juta dan pinjaman sebanyak RM5000 kepada 178 peneroka (peneroka daif) dengan peruntukan sebanyak RM890,000.

SKIM PINJAMAN KOMPUTER
Skim pinjaman membeli komputer kepada peneroka telah diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran warga peneroka di bidang teknologi maklumat. Pinjaman tanpa faedah bernilai RM2,500.00 seorang diberi dalam bentuk satu unit komputer yang lengkap dengan perisian kepada setiap peneroka yang layak.

sumber dr felda.net