Wednesday, June 13, 2012

Cikgu Oh Cikgu!

Cikgu Oh Cikgu!

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan dan dia punberfikir bagaimana nak “brain wash” kanak-kanak di tadika tersebutsupaya tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni.
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak-anak : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika :Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak “brain wash” otakbudak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu ada seorangbudak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan…

Budak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : Kawan-kawan nampak cikgu tak.
Kawan-kawan : Nampak.
Budak A : Cikgu ada kan?
Kawan-kawan : Ada…
Budak A : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak A : Cikgu ada otak tak?
Kawan-kawan : Tak ada…

Moral of the story: Bila tak nampak, tak semestinya tak ada!Sayangilah agama kita dengan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar, kalau tidakkita, siapa lagi…
Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda.....

Friday, June 8, 2012

Jertih, Besut Terengganu

Jertih adalah sebuah bandar di negeri Terengganu, Malaysia. Ia adalah sebuah bandar komersial di daerah Besut. Ia berhampiran sempadan dengan Kelantan. Ia telah diwakili oleh Idris bin Jusoh sejak 2004 di Dewan Rakyat. 
Dalam kawasan Jerteh terdapat hospital yang dikenali sebagai Hospital Besut. Ia merupakan hospital yang terbesar dan yang paling penting di daerah Besut.
Keunikan masjid dibina dengan 100 peratus kayu cepat merebak dan menjadi tumpuan orang ramai dari segenap ceruk termasuk pelancong asing yang mahu melihat sendiri keindahan Masjid Kayu Seberang Jertih yang dibina dengan seni pertukangan Melayu. Corak ukiran awan larat dengan motif pelbagai jenis bunga pada struktur masjid ini misalnya, mengumpan mata terutama peminat seni khat Melayu.

 Masjid Tanpa Paku, Seberang Jertih

 Masjid Hadhari
Masjid Hadhari Jerteh juga dikenali sebagai Masjid Bandar Jerteh. Masjid Hadhari Jerteh merupakan salah satu daripada tiga buah masjid contoh di negeri Terengganu. 

Jertih juga merupakan bandar yg bersempadan
diantara Terengganu dgn Kelantan

 Bangunan Umno
ia juga merupakan pusat beli belah, perbankan, dan pusat komuniti dan pembelajaran, ia terletak di Bandar Jertih.

 Jalan menuju ke Bandar Jertih

 Pasar Segar jertih
dan tanah kosong itu merupakan tempat parking bas

 Pasaraya Econjaya, Jertih
Pasaraya ni merupakan pasaraya yg pertama dibina di kawasan jertih..dan kini berkembang maju di Bandar Besut..

Pasaraya Pantai Timur, Jertih
Pasaraya ni masih lagi baru dan mula beroperasi pd tahun 2013