Wednesday, August 1, 2018

Tuesday, December 19, 2017

Set for 2pax Eastern Seafood @ResepiTimur




Sebarang Pertanyaan @ Booking boleh hubungi / wsap :
 016-90 56780

BOOKING : 0169056780

Monday, December 18, 2017

LUNCH EASTERN SEAFOOD DI PEJABAT

Sesekali nak makan tengahari gembak skit dengan rakan pejabat...Makan Seafood.. Tempah dengan Restoran Resepi Timur adalah jalan terbaik kerana Menu Set Seafood dari resepi timur sangat berbeza dengan Gabungan 6 Jenis Makanan Laut iaitu, Kepah, Lala, Ketam, Udang, Sotong dan Scallop yang dimasak dengan 6 jenis masakan berbeza sesuai untuk smua lapisan umur dan ianya sangat sedap dan berbaloi-baloi..


kepada yang berminat untuk menempah, boleh laa wsap/call 

BOOKING : 0169056780

*tertakluk kepada terma dan syarat
TAK TAU NAK SAMBUT BIRTHDAY KAT MANA???

tak payah cari2 lagi...semua RESEPI TIMUR sediakan untuk pengunjung..BISA DIATUR!!!

Sambut Bday dgn Eastern Seafood memang Ohsemmm


BOOKING : 0169056780

Monday, June 6, 2016

Seafood @ Resepi Timur

 Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Sempena Menyambut Bulan Ramadhan yg mulia ini..saya ingin memperkenalkan tempat terbaik untuk korang menikmati juadah berbuka puasa bersama sahabat & keluarga tersayang di Restoran Resepi Timur 100% Halal. 
Beroperasi di Alamat : No 9-1, Jalan Lengkuas 16/18, Taman Ken Rimba, 
40400 Shah Alam, Selangor.



Waktu Niaga :
Selasa - Ahad : 12.00 tgahari - 12.00 mlm
ISNIN : TUTUP

Bulan Puasa Restoran akan di buka dari 6.00 ptg - 1.00 pagi..boleh laa singgah makan sahur skali..heheheee

Resepi Timur menyediakan  pelbagai makanan resepi turun temurun dari pantai timur..Antara menu yang disediakan adalah Nasi Kerabu, Nasi BerLauk, Nasi Kambing BlackPepper,  Maggie Ketam, Colek Seafood, Colek Ayam, Perut Air Asam, Ikan Singgang, Ulam-ulaman, Petai, Jering Budu, Tompoyak, makanan laut (Eastern Seafood) dan pelbagai menu Masakan PANAS dengan harga yang berpatutan..

Sebarang Pertanyaan @ Booking boleh hubungi / wsap :
 016-90 56780
      
* Untuk Pakej Penghantaran, tempahan mestilah melebihi 50 bungkus dan perlu deposit terlebih dahulu...
* Penghantaran hanya dilakukan sekitar kawasan Shah Alam, Klang & Kota Damansara sahaja




Nasi Ayam Penyet  HANYA RM 5






RESEPI ISTIMEWA

Lepas Terawih plak boleh laa try Hidangan Ringan spt kat bawah ni...
Colek Seafood

Colek Seafood

 Colek Ayam

Perut Lembu + Air Asam

Rojak Buah



NAK  CUBA  NAK  RASA..JOM
Untuk mengetahui rahsia keenakan masakannya kunjungilah sekarang..
yang pasti, anda takkan rugi..


sambutan hari jadi di resepi timur

Khidmat penghantaran Eastern Seafood di Pejabat

Azian Mazwan Sapuan ( Gegar Vaganza )

Sofie Jikan menyengat di Resepi Timur


Para Atlit2 Negara


Para Atlit2 Negara












Harga Berbaloi-Baloi & Balik Pun MUKA ADER SENYUM..

BOOKING : 0169056780

Thursday, March 10, 2016

Kisah Benar Gadis 15 Tahun Gantung Diri Ini Dapat 29,000 Perkongsian Dalam Masa Sehari


Satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Khairul Hakimin Muhammad menjadi viral di media sosial dengan perkongsian sebanyak 29,000 dalam masa sehari sahaja.


Secara ringkasnya, perkongsian itu menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seorang mak cik yang menceritakan kisah anak perempuannya, 15 tahun, menggantung diri hanya kerana satu kata-kata dari bapanya yang mengguris jiwa.


Ikuti kisah dari Khairul Hakimin Muhammad. Semoga dijadikan iktibar.


Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.


Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.


“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”


Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.


Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.


Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.


Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.


Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.


Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.


Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.


Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”


Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.


Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?


Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”


Saya terus terdiam.


Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.


Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.


Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.


Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”


Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”


Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.


Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.


Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.


Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.


Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.


Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.


Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.


Saya menggangguk.


Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.


Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.


Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.


Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.


Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.


Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.


Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.


Sumber : Khairul Hakimin. Muhammad(FB)

Friday, October 9, 2015

Legoland Malaysia

 Setelah sekian lama x jalan2 sbb kerja yg berlambak2 akhirnya aku luangkan skit masa berhibur ngan keluarga n saing2..tgh2 plan nk jln2 tetiba last minute dgr cite yg sinar harian buat ofer tiket Legoland..ape lagi cpt2 beli..Alhamdulillah akhirnya dapat laa..dan hujung minggu terus pergi berhuhuhu di Legoland..

pintu parking kereta

tgok dulu games ape yg best..

kaunter tiket..fuhh ramai..

pintu masuk legoland

geng adik beradik posing sekeping..

singgah mkn dlm legoland

last2 kfc jugak yg jadi pilihan..

waahh..dasyat...agak2 brape juta laa lego yg dicantum..

si tukang masak


dlm bilik pameran star wars..

 star wars





 dpn pintu masuk water park..

ada gak games tembak2 nie.sronok budak kat depan tu..ley jugak dia dpt Bananana

 rasa cam jantung tertinggal kat atas..tobat rasa nak naik lagi..hehe3



ngah Q nk main..bkn main ramai Q ye..




dalam benda alah ni laa kami lihat panorama seluruh Legoland




& last skali kitaorg pergi water park..
tp kat sini x der ambik gambar...smuanya seksa2..so x baik ok..haha3

pendek kata tempat ni memang best utk main..cuma time aku pergi tu je yg x kena, pergi awal bulan dan hari minggu plak tu..perkk ramai giler orang & terpaksa Q panjang utk main ape2 games..ape2 pun puas hati bila dpt main..